Posts

Kraftangan Tradisional Sarawak

Image
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog ini. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk memperluaskan lagi pemikiran pembaca tentang antara kraftangan yang terkenal di Malaysia. Contoh kraftangan yang akan saya kemukakan disini adalah Kraftangan Tradisional Sarawak. "Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keag