Kraftangan Tradisional Sarawak

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog ini. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk memperluaskan lagi pemikiran pembaca tentang antara kraftangan yang terkenal di Malaysia. Contoh kraftangan yang akan saya kemukakan disini adalah Kraftangan Tradisional Sarawak.


"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Sarawak misalnya menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada etnik yang berbilang suku kaum. Entry kali ini saya nak membawa anda kepada beberapa kraftangan tradisional dari Sarawak.



Contoh-contoh kraftangan Sarawak:

Beg Manik Sarawak

Ini adalah beg untuk mengangkat bayi,biasanya dihasilkan oleh kaum kenyah/kayan yang merupakan pakar dalam seni berasaskan manik dan rotan,seni sebegini memerlukan ketelitian yang tinggi.









Beg Tradisional Sarawak


Beg ni dibuat daripada rotan sepenuhnya, rasanya ramai masyarakat yangi Sarawak sahaja. Bag ini merupakan kraftangan daripada orang ulu sarawak yang digunakan untuk membawa bararang pribadi semasa ke ladang,hutan mahupun ke pekan








Terendak 

Terendak merupakan salah satu alat yang digunakan sebagai pelindung seperti topi di Sarawak. Setiap suku kaum di Sarawak mempunyai kemahiran seni tersendiri termasuklah seni membuat terendak dalam kalangan masyarakat Melanau. Terendak dihasilkan dalam pelbagai corak dan warna. Pada masa kini, terendak bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai hiasan dinding.











Kain Sarawak (tenunan ikat)

Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi









Pasu Sarawak 


Satu lagi kegilaan pengunjung yang datang ke Sarawak, terutamanya Kuching ialah Pasu Sarawak. Ini kerana pasu Sarawak ini unik dari segi bentuknya. Penghasilan pasu di Sarawak bermula seawal zaman Neolitik atau zaman purba lagi dan ini terbukti dengan penemuan bekas pasu di Gua Niah, Sarawak.



Pasu dan barang barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak. Pada peringkat permulaan, corak yang dihasilkan pada pasu pasu ini adalah lukisan yang menggambarkan kepercayaan. Walaubagaimanapun, kehadiran pedagang Cina ke Sarawak pada kurun ke-19 telah membawa perubahan dan pengaruh besar dalam menghasilkan corak pasu Sarawak yang kita lihat pada hari ini




Pasu Orang Iban Sarawak


Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air telah membawa bersamanya kisah yang berusia 1,000 tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas kembali kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik. Reformasi tamadun manusia telah membawa perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan seramik. Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak membuktikan kerjatangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau.

Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini adalah Iban, satu-satunya kaum yang demokratik dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang menggambarkan keunikan penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara hidup masyarakt suku kaum Iban.

Cara pembuatan 

                                                           



                                                            



Tikar Rotan Sarawak 



Sarawak memang senonim dengan kepopulariti tikar rotannya,mungkin disebabkan buatannya yang cantik mahupun hasil seni yang halus membuat ia menambat hati pencipta barang kraftangan tikar khasnya.Kalau dulu ia bertujuan untuk menjemur padi dan menjadi alas ruang tamu mahupun dapur.Kini ia menjadi kraftangan yang unik sebagai perhiasan ruang tamu pelengkap citarasa yang nampak mewah.










Sape 

Sape adalah alat Muzik tradisional oleh Orang Ulu hulu yang tinggal di pendalaman Borneo. Sape diperbuat daripada sekeping  kayu, biasanya sekeping kayu lembut, seperti kayu Meranti. Manakala tali-tali dahulunya dibuat daripada pokok Sagu tetapi kini digantikan dengan tali nilon. Instrumen tersebut adalah  dibuat berbeza dari setiap lapisan, dan julat besar dari 60 cm hingga 150 cm.

Dahulu Sape dimainkan semasa Datun Julud dan Ngajat, ini adalah tarian perang tradisional daripada pemburu kepala.Kini Sape dimainkan dalam upacara perayaan mahupun pertunjukan biasa.







Terabai/Perisai

Terabai atau Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak dahulu kala. Asalnya ia diperbuat daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran pada permukaan depannya.Tujuan asalnya sebagai alat pertahannan semasa bertempur dengan musuh tapi kini ia menjadi perhiasan rumah yang cantik.











Parang Ilang/mandau



Parang Ilang atau mandau dalam masyarakat peribumi di Sarawak, bukan sahaja senjata tradisional bahkan ia salah satu budaya yang masih kekal hingga ke hari ini.Walaupun bentuk senjata lain yang lebih maju seperti senapang patah mula diperkenalkan sejak pemerintahan British di Kepulauan Borneo, namun parang ilang kekal sebagai senjata yang penting yang dibawa semasa peperangan pada masa itu.Parang Ilang atau Mandau, pernah digunakan untuk ngayau atau memenggal kepala

Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ‘ngayau’ di kalangan kaum Dayak, khususnya semasa dalam peperangan.Tradisi ini akhirnya melahirkan satu kepercayaan bahawa parang ilang yang sering digunakan untuk memenggal kepala adalah bertuah atau keramat.Manakala si pemilik parang ilang tersebut dianggap mempunyai sakral atau sakti dan ini secara tidak langsung meningkatkan status sosialnya.

Namun kini, dengan hilangnya tradisi memenggal kepala sejak awal abad ke-20, parang ilang tidak lagi dianggap keramat atau mempunyai kuasa sakral. Ia tidak lebih dari senjata biasa yang digunakan untuk berburu, menebang pohon, menebas dan melakukan kerja-kerja di kebun.



Kepentingan dan kelebihan kraftangan 

Industri kraf tangan dapat menjadi sumber kewangan kepada penduduk luar bandar. Seperti mana yang kita sudah sedia maklum, terdapat jurang ekonomi yang besar antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar. Kegiatan industri kraf tangan pula sering dijalankan oleh penduduk luar bandar. Apabila penduduk luar bandar mula menceburi bidang ini, maka penduduk luar bandar dapat  menjual produk ini dan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda. 

Selain itu , industri kraftangan juga dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang terdapat dalam negara. Industri kraf tangan bukanlah industri yang setanding dengan industri pertanian atau pelancongan. Namun, jika hasil industri kraf tangan dieksport ke luar negara, hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, malah dapat menjadi suatu keunikan di Malaysia.

Kehadiran industri kraftangan mampu membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya semangat yang tinggi. Hal ini kerana persaingan dalam industri kraf tangan amat sengit. Sesebuah hasil kraf tangan hendaklah mempunyai nilai komersial dan reka bentuk yang mampu menarik perhatian pembeli. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, maka pengusaha tersebut haruslah mempunyai kualiti seperti kreatif dan mampu berdaya saing.

Arus pemodenan telah menenggelamkan budaya tradisional masyarakat Melayu dalam diri remaja pada masa kini. Oleh itu, peluang haruslah diberi kepada setiap lapisan masyarakat untuk mengenali warisan dan budaya tersebut melalui konsep rekaan sesuatu kraf tangan yang menggunakan bahan tempatan sebagai ramuan utama. Budaya masyarakat Melayu juga dapat dipromosikan kepada negara-negara luar kerana kraf tangan itu sendiri sudah melambangkan identiti negara yang masih mengekalkan warisan unik secara turun-temurun.
Konklusinya, suatu jaringan kolaborasi haruslah diwujudkan untuk memajukan industri kraf tangan negara.

Comments

  1. Bwin Casino and Hotel - JS Hub
    Bwin Casino and Hotel 용인 출장샵 - Find out more about the location, hours, 김제 출장마사지 services, and customer Bwin 고양 출장샵 Casino 속초 출장마사지 and Hotel - Read 전주 출장마사지 reviews, sign up,

    ReplyDelete
  2. Boleh nerikan email address puan sbb saya ada beberapa soalan ttg produk2 ini andaikata utk dimasukan ke Semenanjung. Tkasih

    ReplyDelete

Post a Comment